Wednesday 4 January 2012

Cengkerik oh cengkerik

Wahai cengkerik yang tak di undang.. aku dah beberapa hari tak boleh beradu kerana kau... aku pun pelik camne la si cengkerik ni leh singgah kat umah tante aku nih... punya la banyak port kat luar sana tapi umah tante aku juga yang ko singgah... sesetangah orang cakap nyanyian cengkerik adalah irama alam yang mendamaikan. tapi bukan bagi aku... 

sekarang ni si cengkerik tu still tengah melalak.. aku dah beberapa kali serang hendap si cengkerik tu tapi sampai sekarang aku tak boleh nak locate kat mana si cengkerik tu lepak... kalau la aku dapat kau si cengkerik, siap la kau aku goreng hidup2...pastu jual kat Angelina Jolie.. aku penah baca dulu yang anak Angelina Jolie suka makan cengkerik goreng... mak aiii lalu pulak tekak diaorang makan ekk..

Tengah aku dok google nak cari gamba cengkerik.. tetiba aku ternampak 1 blog ni.. tajuk post dia "Misteri Cengkerik dalam laptop".. suspen jap.. aku pun excited la nak baca sebab nak tau gak camne la cengkerik leh hidup dalam laptop.. tapi rupa2 nya misteri cengkerik ni adalah defect biasa bagi macbook laptop.. Kalau ada bunyi bising cengkerik dalam movie yang dirakam menggunakan iMovie bermakna terdapat kerosakan pada internal mic.. alamak aku pun guna macbook tapi tak sure lak.. harap2 bukan macbook model akunyer la.. 

Dah alang2 citer pasal En Cengkerik nih.. aku terbaca info pasal cengkerik ni.. kalo korang nak tau, hanya cengkerik jantan je yang reti melalak. Terdapat satu salur sepanjang bawah kepak cengkerik yang berbentuk seperti sikat. Bunyi cengkerik terhasil apabila bahagian atas kepak digerakkan sepanjang 'sikat' di bawah kepak yang satu lagi.. Macam main biola la si cengkerik nih kan.. Apabila cengkerik mennghasilkan bunyinya, ia juga turut membuka kepaknya ke atas, menyebabkan membran kepak tadi bertindak sebagai satu layar akustik... 

Dan juga di sesetengah negara, cengkerik tinggi nilainya dan dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Di China, cengkerik dianggap membawa tuah. Ada juga yang menjadikan cengkerik sebagai satu santapan makanan. Kalo bab2 makanan eksotik ni surely kat Kemboja.. 

Dah la penat dah aku menaip and si cengkerik still melalak tanpa henti.. lantak kau la cengkerik.. aku dah nampak bulan bintang nih.. nak tak nak aku still kena tidur sebab esok aku kena teman tante aku gi settle pasal FOMEMA kat Damansara.. so nite2 all & en cengkerik....



Gamba ni aku main copy je so aku pun x sure ni cengkerik jantan ke betina...



No comments:

Post a Comment